Thursday, December 31, 2009

Anak ku da besar..



best nya bila tengok nadhira semakin besar..



happy nyer........

Tuesday, December 22, 2009

ARIEFAH NADHIRA

Hari ni genap 1 tahun aku kawin..
aku rasa hidup aku da sempurna lebih2 lagi dgn kehadiran
ARIEFAH NADHIRA dlm hidup ku..

Wednesday, December 2, 2009

Nyawaku dunia akhirat..



Pada 28.09.2009 lahirla seorang hamba Allah yg bernama Ariefah Nadhira..anak ku yang pertama..yang paling ku sayangi..



Ariefah Nadhira kulahirkan secara pembedahan..
mcm mn tak bedah..pintu rahim ku tak nak bukak..
air ketuban plak da pecah..
tak sempat nak masuk ubat..doktor ckp denyutan nadi my baby da lemah..
maka aku dgn rela hati terus sign borang utk bedah..demi my baby..aku da tak kisah..biarla nyawaku melayang..
yg penting Ariefah Nadhira ku selamat..



Sebelum aku balik cuti bersalin..
aku selalu tanya member kat ofis..
tanya kak mah..
tanya kak ina..
tanya liza...
tanya sesape je la yg dah jadi ibu..
tanya mcm mn meneran..mcm mn sakit bersalin..aku tnya mcm2..
tapi las2..semua tu aku tak rasa..
sampai sekarang...aku masih terfikir2..
MACAM MANA RASA SAKIT BERSALIN???
sbb aku tak rasa semua tu..
yg ku tau sakit operate jer..



kini my baby da sebulan lebih..
Alhamdulillah..Nadhira sihat..kuning pun tak ada..



tp yg sedih sesangat aku terpaksa berpisah..
now my baby mak mertua jaga kat JB..
malam my baby tidur dgn PAPA die..
kesian my hubby..tp dlm hati..
ha!! rasakan mcm mn jg beby..
tp i mmg untung coz my hubby mmg pandai jaga anak dia..
lampin,kain kotor,susu..semua dia dah pakar..
tapi s/time wat marah juga la..
tiap2 minggu lepas ni i kompom balik JB..



ARIEFAH NADHIRA MAMA REALLLYYYY MISSS U...huhuhuhu..

Friday, November 6, 2009

Apa khabar semua..

Assalamualaikum..kabare??

Lamanya tak update blog
maklumla..
bercuti panjang la katakan..

pa habaq korang semua ye..
nnt ada masa aku letak semua picture my bby..
skrg broadband abang aku pakai..
my laptop plak masuk bengkel..
tak ambil2 lagi coz xduit nak byr mantainance..mahal siot..
biarla behabuk laptop tu kat kedai...

ok la..babai..

Tuesday, August 25, 2009

kepada sesape NAK ORDER TUPPERWARE???

HALOOOOOOO..
sesape yg pernah beli tupperware dgn diana,dan bakal beli...
new price da dapat..kali ni pun murah juga...PROMOSI RAYA..





ni baru sikit..
klu nak tgok price klik atau masuk blog

http://efidastore.blogspot.com

OK..selamat mengorder...

Monday, August 24, 2009

new post yg suke2 je



hehehehe...sedap nye time bebuka makan coctail ni...
hehehe...



kenangan bersama isteri Pak Lah masa majlis bebuka pose tahun lepas..heheh..da lama gambar ni..



ni plak barang baby aku lagi..selimut n bantal..tapi mak ckp jgn beli bantal banyak2..nnt mak nak tolong buatkan bantal untuk my baby...dgn tilam dia sekali..nak buat??
klu nak tau, mak aku ni kreatif gak hal2 mcm ni..tp untuk anak2 die je la..hehehe

Friday, August 21, 2009

Wednesday, August 19, 2009

Rindunya kampung aku..

kali ni aku nak cerita pasal kampung aku plak..heheh..maklum la tak lama lagi aku nak balik..tapi takut juga klu sangkut kat airpot nnt,maklum la aku kan pregnant...



apa2pun ni peta lokasi kampung aku KUNAK FC kat sabah..




yang ni pintu/gerbang masuk kampung aku..hehehe...




ni la pekan kunak kampung aku..rumah aku dekat je dgn pekan ni..jalan kaki tak sampai 5 minit..kat kanan sekali tu library..kecik je..tempat aku deting masa sekolah menengah dulu2..hehehe..pekan ni kecik je..tempat persinggahan antara 3 tempat iaitu lahad datu(original my hometown),tawau n semporna..




ni plak pasar rabu kat tengah2 pekan kunak..pasar ramadan pun mcm ni juga..
hehehhe..kampung aku ni pekan je..tapi ok la..semua kemudahan ada..penduduk dia pun berbilang bangsa n kaum..

nnt aku nak cerita pasal kawasan rumah aku plak, heheh..rumah aku dekat dgn pantai..tapi pantai tu dulu cantik skrg da tak cantik coz da banyak perusahaan kilang biodiesel di buat kat tepi tu..nnt aku balik aku nak tangkap gambat banyak2 n publish kat blog aku ni..hehehhe...

Thursday, August 6, 2009

Amalan Ketika Mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga

**************************************************

surah an-nahl.. Mudahkan bersalin..InsyAllah..



Untuk ibu2 bapa2..(eh bapa tak la..) yg mengandung..
mari la kta mengamalkannya..

Tuesday, August 4, 2009

kwn ku pregnant 6 bulan...

aku ada sorg kawan..
kwn dari zaman sekolah rendah..
mula2 kenal dia darjah 3..muka dia nmpak sombong..
pastu aku tegur je buat tak tau malu..

aku : wei..nama ko sapa..
kwnku: nuraeni..
aku: yok kita main kejar2...
kwnku: yok...
lepas tu aku dgn dia jadi rapat..
kebetulan plak bapa aku n bapa dia kamcing..
bapa aku ckp..bapa dia la yg buatkan rumah kami kat kampung..
terrer bapa dia..boleh buat rumah..


*

*

*

sampai la aku masuk u sama dgn dia..
merantau dari sabah p kedah..

*
*

skrg dia da kawin..
dia kawin bulan 3, 2008..
aku plak bulan 12, 2008..
skrg dia pegnant 6 bulan..aku plak da masuk 7 bulan..
heheheh..happy...
pagi tadi subuh2 kwnku tu call..
bagi cadangan nak berbesan...heheheh...

Tuesday, July 21, 2009

Teman yg mesra...



ha...ni kwn2 masa ting 6..
entah mana la korang semua..
tapi ada la juga yg aku tau..
ramai gak yg da kawin..yg bakal kawin..dan tak kawin2 pun ada..
terutama my best frend yg duk tengah..
c hitam manis..ASDI...
heheh..tu la jual mahal..dulu ada org suka kat ko..ko jual mahal..

Thursday, July 16, 2009

aku bercerita..tentang KAWAn,Lawan,or SahaBAT

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
(untuk tatapan yg selalu anggap aku sahabat..hei..i know u read this my frens..emmuah..)

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Sebagai hamba Allah yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

baju baby ku...cayang...



heheheh....

comel tak...

jenama Timberland mmg kegemaran my hubby..

ni baju untuk cayang....

















Tuesday, June 30, 2009

Bosan






Bosan..bosan..bosan...

pagi..g keje...pastu kul 9am (isnin, rabu, jumaat) mesti telefon bunyi..


saya: hello...

anggun: ?? nak jumpe nak tau pasal ??

saya: OK



masuk bilik ?? dengar cerita yg ntah apa2...

pastu sy pun belakon jadi pelakon terbaik dan terpopular...

angguk2..geleng2...

tapi dalam hati..."best nye klu sy bole tanam hidup2 transfomer depan ni..aman dunia"

hari ni, pagi2 sy da tak de mood sbb ??...

tiba2 datang bilik marah2...minta tu...minta ini..

bila saya da kasik...buat tak tau plak..

da la email pun tak pnah buka,mcm mn nak tau..

padahal benda tu da beratus kali saya bagi kat depan mata dia...
nak hard copy..saya kasi..nak soft copy..sy kasi..
nak apa lagi..semua da kasi..
pastu bole die tanya saya balik mana fail yg dia nak..eeeeeee...
nak je tumbuk2 muka dia ni la..







klu la saya ni ada kuasa..



nak je tumbuk lumat hancur mcm bawang dalam batu lesung..












Monday, March 23, 2009

uuuweeerkkk...

hari ni lemah sesangat..
semua yg d mkn..semua kuar balik..
huhuhuhu..x larat betul..
tapi demi baby yg trsayang..its ok..
semoga menjadi anak yg soleh or solehah..
Amin...

member kat ofis tgh buat 5S...
tp memandangkan diana tak larat..
diana tengok je la dorg buat..
nasib baik la dorg faham...

tq frenzzz...

Thursday, March 19, 2009

saje nak borak..

dyana x pndai sgt nak bcerita taoi kadang2 blog ni best..
dpt uah kan masalah..yg suke ke..yg x suke ke..atau ape2 je la..

tadi p pos barang..barang2 kawin..(ramai kwn2 nak kawin tahun ni..)givt nak kasik org yg datang..
uncang dgn kipas..berat tapi tak gila..pos mel udara ke sabah..

nak tau..mahal gial siut...rm 3oo..fuh..bpeluh ketiak..nsib baik ade duit xtra..
duit husbend..hehehe..(nti ayg ganti la..)klu tak ganti pun halal je la..

Wednesday, March 11, 2009

pict kawin..tp da 2 bulan 2 minggu da...

ini majlis masa kat umah suami (seminggu selepas majlis kat umah dyana)


INi kat umah Dyana

pict ni diambil pd 23.12.2008..hari bahagia aku bersama suami tersayang..

hari ni da hampir 2 bulan 2 minggu aku bergelar isteri..

majlis very simple..bcoz arwah atuk da pesan..jgn berlaku pembaziran dalam majlis kawin dyana..

sedih time ni..time duk kat plamin..terbayang wajah arwah atuk..mcm tersenyum je pandang kat dyana..Al- Fatihah untuk Atuk..

Tuesday, March 10, 2009


1st..aku buat blog..

heheh..akhirnya akupun ade blog..

ok la..nnt aku akan meriahkan blog aku ni..

igt..korang je pandai..akupun pandai laaaa..

huhuhuhu...

my pict with my husband..
traditional dress...

dunia ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Followers

About Me

My photo
entah..tak tau mcm mn nak describe..tapi saya ni jenis yg klu saya suke org tu..saya akan tgur..tp klu tak saya akn buat tak tau je la..erm...and other is..happy..happy..happy..